- Home »
- Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh a.s
Unknown
On Rabu, 17 April 2013
Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan
Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh
kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih
sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan
disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh
masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang
membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang
hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak
bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga
adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah
bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah
kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah
bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya
Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana
Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda
kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi
manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha
Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang
membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius
dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa
yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum
berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah
teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya
serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap
rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan
tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh
dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan
manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan
yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan
sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal
pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada
yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh
teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada
orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina
kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam
beberapa minggu sahaja).
Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga
pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk
asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu
jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti
kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi
Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan
mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan
manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil
jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi
hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.
Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?
Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di
zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat
minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan
kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai
pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear
seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya
bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik
yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material
dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus
dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika
terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di
festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali
diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan
berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa..
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.
Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan
mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri
di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang
penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen
elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga
kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau
sebagainya) di China.
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear
berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa
umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia
banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand
seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk
mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang
kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun
bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan
moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan
mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang
telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan
kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka
kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api
sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter
(kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki
kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan
asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut
dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang
diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah
kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as
yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
——————————————————————————————————————–
p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di
Mohenjo-Daro, bateri Baghdad, cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo),
hanyalah fakta sokongan kepada ‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu‘ dan
tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang
telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN
KEDUDUKAN MEREKA di muka bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN
KEPADAMU, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka
kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6